Ad Code

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Memilih Template Responsive Untuk Blog

Assalamualaikum dan selamat malam semuanya. Pada hari ini, aku ingin kongsikan cara-cara memilih template responsive di blog. Sebelum korang tetapkan template responsive ini, aku sarankan korang baca dahulu apakah niche yang korang ingin tulis di blog ya. Ini amat memudahkan untuk memilih template yang sesuai dengan niche korang. 


Read this: 


Aku juga ada baca perkongsian Kak Su. Dia banyak bagi tips untuk setup kan blog ini. Katanya, nak bina blog supaya kekal evergreen di mata pembaca adalah kena faham konsep apa kita bina blog. Gitu, macam apa tujuan korang buat blog. Nak ikut kawan-kawan atau saja-saja buat? Orang pun buat, korang pun buat jugak. 

Bagi aku, tujuan aku bina blog ini adalah nak berkongsi apa yang aku tahu. Bukannya ilmu yang kita tahu tu kita simpan sorang-sorang. Untuk pengetahuan, sepanjang aku belajar dulu, aku banyak Google untuk siapkan tugasan, kemahiran hidup macam cara nak unlock balik stereng kereta yang dah terkunci untuk kereta manual. See, orang akan datang baca jugak tau walaupun benda itu benda remeh haha. Bukan apa, kadang-kadang waktu kita terdesak itulah kita akan Google ya. Kau dah tak sempat nak telefon siapa-siapa. Otak pun boleh blank. 

Berikut adalah tips bagaimana untuk memilih template responsive di blog. Pastikan korang kena check benda ini ya.

1. Template sesuai dengan niche.

Korang kena pastikan template yang dipilih sesuai dengan niche atau tema blog korang. Sebabnya, ada sesetengah template yang disediakan hanya untuk niche khusus saja. Dia tak sesuai untuk universal. Ha, gituh. Contohnya, bila korang tulis tentang kecantikan, korang kena cari template khusus untuk kecantikan sahaja. Faham kan? Baiklah, ini adalah contoh template yang boleh korang tengok. 

Niche: Beauty


2. Tujuan Blog Untuk Apa?

Korang cuba tanya diri korang, apakah tujuan korang buat blog. Sedangkan zaman sekarang ini orang dah tak pakai blog dah. Semua beralih kepada Tik Tok, Instagram, Facebook dan Twitter. Macam aku, tujuan aku ini adalah untuk berinteraksi dengan pembaca. Pengunjung blog menjadi silent reader sebenarnya. Mereka datang, tapi malu-malu untuk komen. Jadi, kalau dapat komen untuk blog aku, aku akan berasa happy sebab aku tahu blog aku ini ada orang baca buat rujukan. Barulah aku akan bersemangat untuk menulis walaupun Penyakit M tu datang haha.

Jadi, korang kena tetapkan apa azam korang dalam berblogging. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Korang kena cuba ambil semangat blogger terkenal. Bukan maksud aku korang kena jadi famous, tapi korang cuba ambil semangat diorang untuk menulis.

3. Sesuai dengan target pembaca cari.

Korang kena pastikan blog korang mesti sesuai dengan target pembaca cari. Macam blog aku yang pertama ini, aku ada tulis bermacam-macam tips dan review. Jadi, pembaca akan carilah apa yang mereka nak. Mostly, mereka akan tanya tentang makanan Family Mart dan juga Tabung MAE. 

4. Pastikan blog SEO Friendly.


Setiap blog yang responsive mesti ada ciri- ciri SEO friendly. SEO ini adalah Search Engine Optimization. Maksudnya, supaya blog korang ini senang dicari oleh enjin carian Google. Ini sangat memudahkan pengunjung mencari blog korang dan pageviews korang juga akan meningkat. Walaupun kebanyakkan theme blog atau template sudah disediakan SEO ini, tapi korang kena double check sebab takut ada yang tak sesuai dengan lappy ke apa ke. Tak salah untuk kita double check semula sebab template ini lah kita nak pakai lama. 

5. Mudah untuk digunakan. 


Kebanyakan template ini bukan pasang terus boleh guna ya, tanpa edit. Ada yang bila dah pasang, jadi buruk benoorrr rupanya. Huhu, bertabahlah. Aku pun masa mula-mula nak cari template yang bersesuaian, semua tak kena. Huhu. Entahlah. Nampak serabut tau. Sebab template responsive ini bukan macam blog dulu yang pakai coding-coding, siap ada kerawang lagi haha. Untuk korang yang suka bunga-bunga, aku sarankan korang tak perlu ambil pun template jenis ini. Tapi itulah, ada kontranya juga. Sekarang ini, template jenis ini makin susah untuk masuk dalam carian Google. Sebab itulah aku bertukar kepada blog jenis responsive template. 


6. Mobile friendly.

Korang kena pastikan, blog korang itu mestilah mobile friendly, maksudnya kalau pakai telefon pun boleh bukak dan baca blog korang itu. Sebab sekarang ini orang banyak guna handphone je. Mana lah orang bukak laptop masa tengah berjalan kan, semua pakai handphone. Jadi, sumber terbesar pageviews blog korang itu datangnya dari handphone. 

Baiklah, aku rasa setakat ini dulu tips aku. Inshallah nanti aku akan share lagi. 

Post a Comment

0 Comments